Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia mengesan 5,019 titik panas kebakaran hutan setakat pertengahan Julai ini, peningkatan lebih pantas berbanding tahun-tahun sebelumnya semasa berlaku fenomena El Nino, lapor agensi berita ANTARA.
Timbalan Ketua Klimatologi BMKG, Ardhasena Sopaheluwakan berkata, jumlah titik panas menunjukkan peningkatan pada kadar lebih cepat sejak awal tahun ini.
“Carta pengumpulan menunjukkan jumlah titik panas dari Januari hingga pertengahan Julai 2026 meningkat lebih cepat berbanding tahun-tahun El Nino sebelum ini iaitu pada 2015, 2019 dan 2023,” kata Ardhasena di Jakarta semalam.
Wilayah Kalimantan Barat, Papua Selatan dan Riau mencatatkan jumlah titik panas tertinggi, dengan asap daripada kebakaran tanah mula menjejaskan beberapa kawasan di Kalimantan Barat sejak beberapa hari lalu.
BMKG menjangkakan risiko kebakaran hutan akan memuncak antara Ogos hingga September ini apabila musim kemarau semakin meruncing.
Wilayah berisiko tinggi termasuk Riau, Sumatera Selatan, Jambi, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Papua Selatan.
Risiko kebakaran hutan juga diramalkan meningkat di beberapa kawasan di Sulawesi dari September hingga Oktober 2026.
“Tempoh kritikal bermula sekarang pada Julai dan dijangka berterusan hingga akhir September ini.
“Pemantauan intensif dan pengawasan lapangan di kawasan ini penting untuk mengelakkan titik panas daripada meningkat serta menyebabkan kerosakan alam sekitar yang lebih luas,” kata Ardhasena. – AGENSI
The post Lebih 5,000 titik panas kebakaran hutan dikesan di Indonesia appeared first on Kosmo Digital.
