Auto Added by WPeMatico

![]()
JELEBU – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, Anthony Loke Siew Fook, mengakui kekalahannya kepada calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Sabtu.
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh Sin Chew Daily di Facebook, Anthony berkata beliau menerima keputusan itu dengan hati terbuka serta berterima kasih kepada semua penyokong dan jentera kempen yang telah berusaha sepanjang tempoh pilihan raya.
“Kami telah melakukan yang terbaik di Chennah, namun keputusan tidak memihak kepada kami. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua. Jangan berasa kecewa kerana kami akan terus bersama anda.
“Walaupun kami gagal mempertahankan kerusi ini, anda semua akan sentiasa berada di hati kami,” katanya.
Dalam saingan dua penjuru itu, Siow memperoleh 5,505 undi, menewaskan Anthony yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dengan 5,036 undi, sekali gus menang dengan majoriti 469 undi.
Kekalahan itu menyaksikan Anthony gagal mempertahankan kerusi DUN Chennah yang disandangnya sejak 2013. – KOSMO! ONLINE
The post Terima kasih kepada semua – Anthony Loke appeared first on Kosmo Digital.
