Auto Added by WPeMatico

MUNGKIN nampak macam kes terpencil tetapi teguran pelakon Sharnaaz Ahmad mengenai masa menunggu giliran, termasuk di klinik swasta dapat dikurangkan.
Pelakon filem Blood Brothers: Bara Naga itu mengakui terkilan apabila terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan sakit perut baru-baru ini walaupun tidak ramai pesakit.
Jangan pula cop duda terhangat itu mengada-ngada kerana orang tengah menahan sakit tentulah setiap detik itu berharga lagi pun katanya di hadapannya hanya ada dua pesakit lain.
Dakwanya ketika itu tiada pesakit berada di dalam bilik rawatan tetapi setengah jam juga kena tunggu sampailah giliran dua pesakit di hadapannya.
Kalau dua pesakit itu sudah masuk, berapa lama pula giliran Sharnaaz. Jadi sebab itulah dia bersuara, bukan untuk kepentingan diri tetapi demi kelancaran waktu rawatan setiap pesakit pada waktu akan datang.
Diva faham apa yang cuba disampaikan Sharnaaz. Dia bersuara bukan untuk dapat layanan VIP, cuma mahu prosedur standard (SOP) waktu menunggu dipendekkan dan orang sakit tak kena ‘sidai’.
Bapa seorang anak itu juga memaklumkan, teguran yang dibuat bukan bertujuan memperlekehkan tugas doktor atau perawat, sebaliknya mahu melihat perkhidmatan diperbaiki demi keselesaan pesakit. Dia pun tahu keletihan seorang doktor kerana kakaknya juga dalam profesion sama.
DIVA: Tiba-tiba teringatkan duda kacak Que Haidar, badan pun makin sado dan mantap!
The post Kena ‘sidai’, Sharnaaz harap SOP klinik diperkemas appeared first on Kosmo Digital.