Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Sebuah treler terbakar sehingga mengakibatkan tiga lorong di Kilometer (KM) 269.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, ditutup petang ini.
Kejadian itu berlaku di laluan dari Nilai menuju Bandar Ainsdale dan dilaporkan sekitar pukul 3.22 petang.
Berdasarkan rakaman yang tular, treler berkenaan dilihat dijilat api yang marak dengan kepulan asap hitam tebal memenuhi kawasan lebuh raya.
Susulan kejadian, lorong kecemasan, lorong kiri dan lorong tengah terpaksa ditutup sekali gus, sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Astro Radio Traffic menerusi kemas kini pada pukul 3.30 petang memaklumkan kesesakan di lokasi ketika itu mencecah kira-kira lima kilometer bermula dari kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban. – KOSMO! ONLINE
The post Treler terbakar, trafik sesak 5km dari R&R Seremban appeared first on Kosmo Online.
