Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Setelah mengumpul 1,173, 275 pengikut, saluran Edisi Siasat yang popular di aplikasi Telegram akhirnya disekat sekitar pukul 7.30 malam tadi.
Tinjauan Kosmo! ke saluran tersebut mendapati ia sudah tidak boleh diakses dipercayai telah disekat oleh pihak berkuasa.
Namun, dikatakan saluran Edisi Siasat 2.0 telah diwujudkan dan ketika ini berkemungkinan pengikut asal saluran tersebut akan beralih kepada saluran baharu berkenaan.
Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dilapor memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran di Telegram iaitu Edisi Siasat dan Edisi Khas.
Alasan yang diberi adalah didapati menyebarkan kandungan berpotensi menghakis kepercayaan terhadap institusi awam negara serta menjejaskan ketenteraman masyarakat. – KOSMO! ONLINE.
The post Edisi Siasat disekat selepas kumpul 1.17 juta pengikut appeared first on Kosmo Digital.