Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan dengan detik cemas apabila menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang lelaki ketika sedang berhenti di lampu isyarat di sekitar Jalan Pudu pada isnin lepas.
Menerusi hantaran pengguna di media sosial oleh @sleepyfvs, dia mendakwa bahawa wanita tersebut merupakan rakan baiknya yang ketika itu sedang menunggang motosikal secara bersendirian.
Suspek yang kelihatan tidak terurus itu secara tiba-tiba menghampiri mangsa sebelum bertindak nekad memanjat motosikal berkenaan dan mula meraba mangsa.
“Hati-hati, terutamanya perempuan yang naik motor dan jalan kaki seorang. Kawan saya kena raba masa tunggu dekat lampu isyarat atas motor dan lelaki itu boleh naik atas motor dan raba dada kawan saya.
“Semalam sahaja, bukan kawan saya seorang yang kena sebab masa tengah ronda untuk cari baik lelaki tersebut, dia pergi pula raba seorang akak yang sedang jalan kaki dalam pukul 6 petang,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bimbang dan mendakwa mereka juga pernah berhadapan dengan situasi yang sama.
Seorang pengguna, Putriiamer_, dia menceritakan pengalaman yang sama apabila suspek nekad bertindak memeluknya daripada belakang di kawasan Jalan Pudu itu.
“Aku pernah kena dekat Jalan Pudu juga, dia tak gila ya sebab boleh tukar-tukar baju dan masa aku kena hari itu baju lain. Dia peluk dari belakang, sumpah takut gila,” jelasnya.
Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan selepas mangsa dan rakannya tekad untuk mengejar lelaki berkenaan dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Orang ramai turut dinasihati untuk berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling terutamanya ketika bersendirian bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. – KOSMO! ONLINE
The post Wanita trauma diraba seorang lelaki atas motor appeared first on Kosmo Digital.
