Auto Added by WPeMatico

![]()
KLUANG – Seorang murid sekolah rendah maut akibat kecederaan parah dipercayai akibat dilanggar bas sekolah dinaikinya dalam kejadian di Taman Sri Lalang di sini petang tadi.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 4.20 petang ketika murid lelaki berusia tujuh tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat kelas di sebuah sekolah rendah agama berhampiran kawasan kediaman tersebut.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika Muhammad Umar Mohd Faaiz turun daripada bas sekolah dinaikinya dan berjalan menuju ke rumah kediamannya.
Katanya, dalam masa sama bas sekolah yang dipandu wanita berusia 36 tahun berkenaan bergerak ke hadapan dan membelok ke kiri tanpa menyedari kanak-kanak tersebut berada berhampiran sehingga menyebabkan perlanggaran.
“Akibat daripada kejadian itu, kanak-kanak tersebut telah terjatuh ke atas jalan sehingga mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Pemandu bas akan ditahan untuk ujian saringan air kencing. Wanita itu pengsan dipercayai trauma selepas menyaksikan kejadian itu yang kini menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang,”katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO! ONLINE
The post Murid tahun satu maut dilanggar bas sekolah appeared first on Kosmo Digital.
