Auto Added by WPeMatico

![]()
KAJANG – Saksi yang terlihat kejadian atau mana-mana kenderaan yang mempunyai rakaman papan pemuka berhubung kemalangan di persimpangan Taman Kajang Impian diminta tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan tersebut dipercayai berlaku sekitar pukul 1.30 tengah hari pada 19 Januari lalu.
“Siasatan polis mendapati kemalangan berlaku melibatkan sebuah Motosikal jenis Honda Wave dengan sebuah kereta Proton Saga FLX.
“Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Naazron, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang Ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Insp Saifudin Saadun di talian 011-21119379. – KOSMO! ONLINE
The post Saksi kemalangan di Taman Kajang Impian diminta tampil bantu siasatan appeared first on Kosmo Digital.
