Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Jabatan Peguam Negara mengarahkan mayat Zara Qairina digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat (post-mortem) dijalankan, dalam usaha melengkapkan siasatan berhubung kematian kanak-kanak tersebut.
Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu memaklumkan bahawa pihaknya telah meneliti laporan penuh siasatan awal yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan berpandangan siasatan lanjut perlu dijalankan secara lebih menyeluruh.
“Sehubungan itu, laporan siasatan awal telah dikembalikan kepada PDRM bersama beberapa arahan, termasuk keperluan untuk menggali semula mayat Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dijalankan ke atas jenazah.
“Langkah ini bertujuan memastikan PDRM memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan,” kata kenyataan itu.
Sebelum ini, kes kematian kanak-kanak itu telah menarik perhatian ramai apabila wujud pelbagai spekulasi mengenai punca sebenar kejadian.
Arahan bedah siasat ini dijangka akan memberi petunjuk baharu dalam menentukan punca kematian Zara Qairina secara sah dan berfakta.
Jabatan Peguam Negara turut menegaskan komitmennya untuk memastikan keadilan ditegakkan secara menyeluruh demi kepentingan awam dan keluhuran undang-undang.-KOSMO! ONLINE
The post Kubur Zara Qairina digali semula – Peguam Negara appeared first on Kosmo Digital.