Auto Added by WPeMatico
Doktor bedah adik Medina di China rupanya orang Johor

![]()
PETALING JAYA – Doktor pakar yang berjaya menjalankan pembedahan pemindahan hati terhadap Nur Asyura Medina Muhammad Ikmal Haziq yang menghidap penyakit Biliary Atresia, merupakan rakyat Malaysia.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh ketika beliau menziarahi Nur Asyura Medina di sebuah hospital di Shanghai, China, hari ini.
Menerusi video yang dimuat naik di media sosial Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu, kelihatan Medina menunjukkan perkembangan positif dan dijangka pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.
Dr. Muhamad Akmal dilihat turut meluangkan masa bersama kanak-kanak terbabit yang disifatkan sebagai ‘buah hati’ beliau.
“Alhamdulillah berkat doa dari semua, adik Medina insya-Allah akan discaj dari hospital esok setelah 21 hari di sini. Terima kasih di atas doa dari anda semua untuk adik Medina,” katanya.
Dalam kunjungan tersebut, Dr. Muhamad Akmal juga sempat bertemu dengan doktor pakar yang menjalankan pembedahan ke atas kanak-kanak berkenaan.
“Saya nak bagitahu kepada semua orang dekat Malaysia, progres adik Medina sangat baik dan tangan yang bedah adik Medina ini adalah seorang doktor yang berasal dari Johor,” ujarnya.
Sebelum ini, Dr. Muhamad Akmal menyerahkan wang simpanan RM120,000 yang sepatutnya digunakan untuk menunaikan haji bagi membantu Nur Asyura Medina, 2, yang memerlukan rawatan pemindahan hati segera di China. – KOSMO! ONLINE
The post Doktor bedah adik Medina di China rupanya orang Johor appeared first on Kosmo Digital.