Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Kerajaan disarankan supaya melaksanakan langkah penyelarasan cukai dalam pembentangan Belanjawan 2026 akan datang untuk membantu pematuhan perniagaan terutamanya dalam kumpulan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Ketua Pegawai Operasi Systems, Lee Shin Mei berkata, cukai yang telah diperkenalkan kerajaan kini dilihat terlalu banyak dan mungkin inisiatif pengecualian cukai boleh dipertimbangkan buat PKS untuk mengurangkan beban kos mereka.
“98 peratus daripada perniagaan di negara ini adalah PMKS, jadi saya rasa perkara paling penting dalam belanjawan akan datang adalah supaya kerajaan memberikan lebih banyak bantuan kepada mereka, bukan sekadar penyediaan geran.
“Bantuan diperlukan termasuk akses buat PMKS mengembangkan perniagaan, peningkatan kemahiran dari perspektif pendigitalan, dan bagaimana kerajaan boleh memberikan lebih banyak sokongan untuk membantu pendigitalan.
“Pendigitalan penting kerana ia adalah salah satu langkah bagi PMKS untuk mempercepatkan perkembangan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita pada program National CEO Forum 2025 di sini, semalam.
Forum anjuran CTOS, KNKV Group dan Dewan Perdagangan Muslim Insiders itu mengumpulkan 200 Ketua Pegawai Eksekutif, pemimpin syarikat berkaitan kerajaan dan pembuat dasar bagi membincangkan tema Pertumbuhan Jenama dan Fokus 2026.
Antara pengisian forum termasuk taklimat kecerdasan pasaran oleh CTOS, perkongsian data Interbrand & Brand Finance dalam konteks industri di Malaysia serta sesi meja bulat tertutup mengikut sektor.
Menurut Shin Mei, ekuiti jenama adalah aset perniagaan dan nilainya boleh berubah dengan pantas mengikut pasaran.
“Peranan CTOS Adalah membantu pemimpin perniagaan mendapatkan kecerdasan data dan pandangan pasaran yang tepat untuk melindungi dan mengembangkan nilai jenama mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Pelarasan cukai bantu PMKS hadapi cabaran 2026 appeared first on Kosmo Digital.