Auto Added by WPeMatico

![]()
KANGAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) digesa mempermudah proses pembelian petrol tambahan untuk nelayan selain mempertimbangkan program Budi Nelayan bagi mengurangkan kos operasi golongan itu.
Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Perlis, Asri Jab berkata, ketika ini nelayan hanya dibenarkan membeli tambahan sebanyak 20 liter petrol bagi setiap transaksi di kawasan sempadan, sekali gus tidak mencukupi untuk kegunaan harian.
“Nelayan moden pula menggunakan antara 300 hingga 400 liter petrol sehari untuk keluar menangkap ikan. Tambahan 20 liter itu memang tidak mencukupi.
“Kita harap KPDN dapat melihat semula syarat pembelian petrol tambahan supaya nelayan tidak terbeban dengan kos operasi yang semakin meningkat,” katanya ketika ditemui di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Kurong Tengar, di sini hari ini.
Menurut beliau, kerajaan juga wajar mempertimbangkan pelaksanaan Program Budi Nelayan dengan membolehkan nelayan membeli petrol tambahan pada harga sekitar RM1.99 seliter dengan 300 liter sebulan.
“Subsidi sedia ada sebanyak 50 liter pada harga RM1.65 seliter memang membantu, namun ia tidak mencukupi untuk keperluan nelayan moden yang bergerak lebih jauh.
“Jika Budi Nelayan dapat dilaksanakan, ia mampu mengurangkan kos operasi dan membantu mengawal harga ikan di pasaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
The post Nelayan gesa KPDN mudahkan pembelian petrol appeared first on Kosmo Digital.
