Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Seorang pegawai perubatan di Aceh Tengah, wilayah Aceh mengundang perhatian orang ramai apabila merakam dirinya berjoget semasa melakukan pembedahan ke atas seorang pesakit, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Datu Beru, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kebertakengon menunjukkan pegawai tersebut merakam dirinya berjoget sambil memakai pakaian pembedahan.
Malah, tarian pelik itu dibuat ketika pakar bedah lain sedang melakukan pembedahan ke atas pesakit.
Rakaman itu mencatatkan lebih 92,400 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
Pengarah RSUD Datu Beru, Takengon menegaskan bahawa perbuatan sedemikian adalah pelanggaran yang mencemarkan reputasi hospital dan tidak mencerminkan sikap profesionalisme seorang pegawai kesihatan.
“Kami telah mengadakan mesyuarat dan memanggil pegawai terbabit. Kami juga akan melaporkan perkara ini kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut,” kata Takengon. – AGENSI
The post Pegawai perubatan berjoget semasa bedah pesakit appeared first on Kosmo Digital.
