Auto Added by WPeMatico

![]()
KOTA BHARU – Polis mengesahkan seorang wanita yang mat dibunuh dengan sebanyak 61 tikaman dari bahagian muka hingga ke kaki sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh di sini tengah malam tadi berasal dari Perak.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara mendapati mangsa juga berusia 19 tahun.
“Mangsa berasal dari Perak dan berusia 19 tahun,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang wanita yang dibunuh sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh di sini tengah malam tadi dipercayai mati akibat ditikam sebanyak 61 kali.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, pemeriksaan awal oleh pasukan forensik mendapati, ada sebanyak 61 kesan tikaman pada tubuh mangsa bermula dari bahagian muka hingga ke kaki dengan kebanyakan kecederaan tertumpu pada bahagian kanan badan.
Menurutnya, mangsa juga memakai rantai leher dengan ukiran nama ‘Syaa’, seutas rantai tangan pada pergelangan tangan kiri dan sebentuk cincin di jari tengah tangan kanan.
“Identiti wanita itu berjaya dikenal pasti melalui semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Wanita mati ditikam 61 kali pakai rantai nama ‘Syaa’ berasal dari Perak appeared first on Kosmo Digital.
