Auto Added by WPeMatico

![]()
SHAH ALAM – Bekas Pengarang Wanita akhbar tempatan melecur tahap dua selepas rumahnya di Seksyen 3 terbakar malam tadi.Kejadian kira-kira pukul 7 malam mengakibatkan Zubaidah Abdul Rahman, 84, melecur 10 peratus di bahagian belakang badan sementara anak lelaki, Iskandar Muda Zainuddin berusia 55 melecur di bahagian tangan ketika cuba menyelamatkan diri.
Menurut Iskandar, kebakaran itu disedari ketika mereka sedang bersiap-siap untuk berbuka bersama di rumah.
“Kami sedar ada asap di hadapan rumah yang berkemungkinan akibat litar pintas dan cedera ketika ketika menyelamatkan diri daripada kebakaran,” katanya malam ini.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai 22 anggota termasuk pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Bukit Jelutong terlibat dalam operasi pemadaman.
Tambahnya, berdasarkan maklumat awal kebakaran melibatkan dua buah rumah teres dua tingkat.
“Rumah pertama terbakar 90 peratus manakala rumah kedua sebanyak 50 peratus. Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kenderaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
The post Bekas pengarang wanita, anak melecur rumah terbakar appeared first on Kosmo Digital.
