Auto Added by WPeMatico

GOMBAK – Seorang pempengaruh dikenali sebagai ‘CEO Batu’ yang ditahan reman berhubung kes hantaran mesej berbaur lucah terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, individu berusia 22 tahun itu dibebaskan selepas tempoh tahanan remannya tamat.
“Kes masih dalam siasatan individu itu dibebaskan dengan jaminan polis hari ini,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Sebelum ini, polis menahan reman pempengaruh terbabit empat hari sehingga semalam sebelum dilanjutkan sehari lagi.
Pempengaruh itu diberkas selepas ibu mangsa membuat laporan kepada pihaknya, semalam.
Siasatan awal polis mendapati suspek menghantar beberapa imej tidak senonoh dan mesej berunsur seksual kepada mangsa sejak awal bulan ini menerusi aplikasi media sosial.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – KOSMO! ONLINE
The post CEO Batu bebas dengan jaminan polis appeared first on Kosmo Digital.