Auto Added by WPeMatico

MANCHESTER – Hasrat Manchester United mendapatkan tonggak tengah Brighton, Carlos Baleba berdepan halangan besar selepas tawaran pembukaan mereka ditolak The Seagulls.
Menurut laporan, United cuba memancing pemain antarabangsa Cameroon berusia 21 tahun itu menerusi pakej pertukaran pemain dan wang tunai dengan menyertakan Toby Collyer dalam termas, namun Brighton kekal bertegas tidak mahu melepaskan aset utama mereka.
Baleba menjadi sasaran Ruben Amorim selepas kelab itu memfokuskan pembelian di bahagian serangan musim panas ini dengan membawa masuk Matheus Cunha, Bryan Mbeumo dan Benjamin Sesko, namun kini memberi fokus menguatkan jentera tengah.
Brighton hanya sedia berbincang sekiranya menerima bidaan melebihi £115 juta (RM654.11 juta) iaitu jumlah sama yang mereka peroleh hasil penjualan Moises Caicedo ke Chelsea pada 2023, selain menegaskan Baleba tidak dijual pada musim panas ini.
Biarpun ditolak, The Red Devils dilapor masih belum berputus asa dan bersedia mengemukakan tawaran baharu bagi menguji pendirian Brighton.
Baleba ketika ini tidak beraksi dalam tiga perlawanan pramusim terakhir akibat kecederaan lutut, namun tetap hadir memberi sokongan kepada rakan sepasukan ketika aksi menentang Wolfsburg, Sabtu lalu.
The Seagulls pula dilapor sudah menyusun pelan pengganti sekiranya terpaksa melepaskan Baleba dengan nama-nama seperti Diego Gomez, Malick Yalcouye, Jack Hinshelwood, Matt O’Riley, Mats Wieffer dan Yasin Ayari berpotensi mengisi kekosongan itu. – AGENSI
The post Brighton tolak bidaan awal United appeared first on Kosmo Digital.