Auto Added by WPeMatico

TINDAKAN penyanyi dan pelakon Jennifer Lopez ghairah mencium penari ketika membawakan rangkaian lagu popular pada persembahan pembukaan di Anugerah Muzik Amerika (AMA) 2025 mengundang kecaman.
Perbuatan yang dianggap memualkan terhadap tiga penari lelaki dan wanita itu dilakukan Jennifer, 55, atau JLo juga hos majlis pengiktirafan tahunan terbabit ketika persembahan medley selama enam minit bagi 23 lagu daripada calon anugerah.
Bukan hanya jemputan di lokasi acara di Fontainebleau Las Vegas, penonton yang mengikuti siaran langsung AMA 2025 turut meluahkan rasa kurang selesa menerusi komen dalam laman sosial.
Antara komen yang dilemparkan termasuk Lopez dicop ‘terdesak’ selepas berpisah dengan suaminya, pelakon Ben Affleck, empat bulan lalu.
“Kenapa Lopez mencium semua orang di AMA,” tulis seorang pengguna platform X.
Baru tengok telefon, tiba-tiba Jennifer Lopez cium perempuan!,” kata seorang lagi netizen.
Malah ramai pemerhati menganggap tindakan sebegitu sebagai percubaan untuk menarik perhatian Affleck selain gimik kekal relevan.
Dalam persembahan pembukaan itu, Lopez membawakan lagu viral termasuk Birds of a Feather (Billie Eilish), Espresso (Sabrina Carpenter) dan Texas Hold ‘Em (Beyoncé), selain dendangannya sendiri, Dance Again.
Ada juga netizen beranggapan Lopez berusaha menarik perhatian audiens apabila ramai selebriti utama seperti Taylor Swift dan Bruno Mars tidak hadir.
Penampilan kali ini juga merupakan kali pertama dia kembali sebagai pengacara selepas menggalas tugas sama pada 2015.
Tanpa memberi respons terhadap persembahan sensasinya, penyanyi Jenny From the Block itu mengaku bekerja keras untuk tampil terbaik pada AMA 2025.
Saya bekerja keras beberapa minggu ini. Saya sangat teruja. Ini menjadi penampilan pertama di televisyen sejak tahun lalu,” ujarnya kepada E!News.
Sebelum ini dia pernah memaklumkan mengalami kecederaan pada bahagian hidung sewaktu menjalani latihan persembahan untuk majlis tersebut.
Selain Lopez, persembahan AMA 2025 semalam turut menyaksikan kemunculan Benson Boone, Blake Shelton, Gloria Estefan, Gwen Stefani dan Reneé Rapp. – HIBGLAM
The post Ghairah cium penari di AMA 2025, JLo dicop terdesak appeared first on HibGlam.