Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Laluan di Alam Budiman, Shah Alam dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat petang ini.
Menerusi perkongsian di media sosial, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.
Pemandu kenderaan yang diubah suai rendah atau lowered/stance concept turut diminta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kenderaan terkandas.
Seorang pengguna media sosial, Mohd Helmiz memaklumkan keadaan hujan lebat turut berlaku di Lebuh Raya Persekutuan serta sekitar Puchong.
“Federal pun lebat kaw-kaw, Puchong pun lebat. Rider pakai baju hujan, tapi basah teruk sebab kereta langgar lopak air,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Jalan Alam Budiman dinaiki air appeared first on Kosmo Digital.
