Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Gelagat sekumpulan kanak-kanak mandi-manda air banjir di Kampung Baitam, Membakut dekat Sabah mengundang kebimbangan ramai.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok @mamasyukk, kelihatan beberapa kanak-kanak bermain air banjir tanpa rasa takut meskipun mencecah paras pinggang dewasa.
“Budak-budak ini seronok pula mandi-manda kat sini, orang risau banjir tak surut,” katanya dalam siaran langsung hantaran terbabit.
Rakaman itu mengundang pelbagai reaksi yang rata-rata bimbang akan keselamatan kanak-kanak berkenaan.
“Banjir ini betul dalam sampai budak-budak boleh berenang,” komen @nenekkebayanbozon
“Hujan sudah berhenti ke? Saya doakan semoga seluruh Sabah dilindungi,” kata Nuzul.
“Hati-hati, takut ada buaya sebab dekat dengan sungai,” komen @ngok_ngok – KOSMO! ONLINE
The post ‘Mandi banjir elok-elok dik, risau ada buaya’ appeared first on Kosmo Digital.