Auto Added by WPeMatico

![]()
SHAH ALAM – Pelakon Yusuf Bahrin tidak menyangka mahligai yang dibina hampir lima tahun bersama bersama bekas isteri yang juga penyanyi, Zizi Kirana akhirnya bernoktah dengan perceraian hari ini.
Mengakui sudah berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan rumah tangga, pemilik nama Muhammad Yusuf Bahrin, 34, itu berkata, dia menerima segala yang berlaku antaranya dengan Zizi secara berlapang dada.
“Hari ini adalah hari perceraian saya dengan bekas isteri, Zizi Kirana.
“Tak ada siapa dan tiada satu pun pasangan dalam dunia ni yang sukakan perceraian tetapi dalam kisah hidup saya dengan Zizi, inilah pengakhirannya.
“Saya tak pernah jangka dan saya tak pernah tahu akan terjadi dalam hidup saya. Kami dah buat yang terbaik, kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan, tapi benda jadi macam ni,” katanya kepada Kosmo! Online selepas prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini, hari ini.
Dia yang kelihatan sebak ketika ditemui usai prosiding cerai memberitahu, perpisahan dengan Zizi hari ini berlaku secara baik namun memilih untuk enggan berkongsi punca perceraiannya.
“Tak apa, itu biar saya dan dia saja yang tahu (punca perceraian).
“Kami berpisah secara baik, tak ada permusuhan dan tiada dendam, alhamdulillah.
“Jadi, saya minta doa daripada kalian semua agar mendoakan kebahagiaan kami dan orang lain, insya-Allah,” katanya lagi.
Meski sudah berpisah secara rasmi, dia akan tetap terus menyokong kerjaya seni bekas isterinya.
“Saya akan terus sokong dia.
“Malah dia pun akan terus sokong saya punya kerjaya, insya-Allah,” kongsinya.
Hari ini, ikatan perkahwinan Zizi atau nama penuhnya Nur Fazelah Mad Tahil, 41, dan Yusuf akhirnya terlerai apabila mereka disahkan bercerai talak satu secara raji’e.
Lafaz cerai tersebut dilakukan di hadapan Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah dalam dewan bicara.
Zizi yang juga penyanyi hari ini hadir ditemani aktres, Datin Seri Paduka Umie Aida.
Terdahulu, rumah tangga mereka didakwa goyah selepas Zizi dan Yusuf memuat naik foto menyambut Aidilfitri secara berasingan.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata. – KOSMO! ONLINE
The post Biar kami je tahu, tiada siapa sukakan perceraian – Yusuf Bahrin appeared first on Kosmo Digital.
