Auto Added by WPeMatico

![]()
TANJUNG MALIM – Seorang wanita berumur 32 maut sementara suaminya cedera selepas sebuah kereta Toyota Vios berwarna hitam yang dinaiki kedua-dua mereka terbabas di Kilometer (KM) 96, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur di sini dalam kemalangan pada pukul 3 petang tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muallim, Deputi Superintenden Suhaimi Muhamad berkata, mangsa, Nur Syuhada Mohd. Yusoff yang alamat terakhirnya di Pengkalan Kubor, Kelantan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Suaminya, Muhammad Aiman Shah Asba, 34, yang memandu kenderaan tersebut mengalami kecederaan ringan. Semasa kejadian, pasangan itu dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Kuala Lumpur.
“Siasatan awal mendapati kenderaan dipandu suami mangsa hilang kawalan ketika melalui kawasan selekoh sebelum terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan,” katanya di sini hari ini.
Katanya lagi, impak pelanggaran itu telah menyebabkan kereta tersebut telah terbabas ke laluan bertentangan. – KOSMO! ONLINE
The post Isteri maut, Toyota Vios dipandu suami langgar tembok appeared first on Kosmo Digital.