Auto Added by WPeMatico

BIRMINGHAM – Misi Aston Villa untuk melangkah ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan terus menyala selepas menang 1-0 ke atas Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park kelmarin.
Gol tunggal perlawanan menerusi Youri Tielemans seawal minit ke-12 memastikan Villa terus memberi tekanan hebat kepada pasukan-pasukan pencabar lain, terutamanya Chelsea dan Nottingham Forest.
Pengurus Villa, Unai Emery berkata, mereka perlu bersedia dan memberikan segala-galanya dalam setiap baki perlawanan musim ini sekiranya mahu beraksi dalam Liga Juara-Juara buat musim kedua berturut-turut.
“Satu kemenangan yang sangat penting kerana sasaran kami adalah untuk layak beraksi di pentas Eropah. Ia sangat penting untuk progres kami yang menggalas misi memenangi satu lagi trofi di pentas Eropah.
“Liga Juara-Juara merupakan kejohanan yang paling sukar dan itulah yang kami harapkan. Kami sangat bermotivasi ketika ini untuk layak sekali lagi, jadi semua pemain perlu bersedia dan fokus,” katanya.
Sementara itu, kapten Villa, John McGinn melaungkan keyakinan mereka masih berpeluang untuk menamatkan saingan musim ini dalam kelompok lima teratas berdasarkan perbezaan mata yang tidak begitu ketara.
“Tiga mata yang sangat penting untuk kami dalam memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara. Apabila usia semakin tua, anda akan menghargai setiap detik dan mahu memenangi sesuatu sebanyak mungkin,” ujarnya. – AGENSI
The post EPL: Villa enggan terlepas slot ke UCL appeared first on Kosmo Digital.