Auto Added by WPeMatico

HANOI – Angka kematian bencana banjir di kawasan pergunungan utara Vietnam meningkat kepada 10 orang, demikian menurut pihak berkuasa semalam.
Hujan beberapa hari menyebabkan banjir kilat di wilayah Son La, Phu Tho, Tuyen Quang dan khususnya Dien Bien, dengan komuniti setempat terputus hubungan.
Kementerian pertanian mengesahkan 10 orang terbunuh dan tujuh lagi cedera dalam komuniti Tia Dinh dan Xa Dung, wilayah Dien Bien.
Media rasmi memetik pihak berkuasa sebagai berkata, banjir kilat berlaku berikutan hujan lebat turun dari Khamis hingga kelmarin.
Kelmarin pihak berkuasa mengerahkan beberapa helikopter untuk membantu menghantar keperluan asas kepada beberapa komuniti terpencil.
Penduduk turut dipindahkan ke kawasan selamat, manakala bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi kebanyakannya pulih menjelang petang semalam.
Akhir Julai lalu, banjir kilat serupa mengorbankan lima nyawa di wilayah Son La, merosakkan tanaman serta menghanyutkan ternakan.
Vietnam kini dalam musim ribut tropika, yang sering mengakibatkan banjir dan tanah runtuh.
Saintis-saintis berkata, perubahan iklim disebabkan aktiviti manusia mencetuskan corak cuaca lebih ekstrem dan meningkatkan risiko banjir dahsyat.
Pada September 2024, Taufan Yagi melanda utara Vietnam, mengorbankan 345 nyawa dan menyebabkan kerugian ekonomi mencecah AS$3.3 bilion atau hampir RM14 bilion. – AFP
The post Korban banjir Vietnam meningkat appeared first on Kosmo Digital.