
PELAKON terkenal Nora Danish terus mencuri perhatian apabila tampil mempesona dengan imej berhijab sejak Julai 2024.
Penampilannya yang sopan namun kekal bergaya membuktikan bahawa wanita berhijab juga mampu berfesyen dengan penuh keanggunan dan keyakinan.
Melangkah ke dalam pesona Amber Oasis 2.0: Mirage, jenama fesyen Amber menampilkan koleksi yang menggabungkan keindahan padang pasir dengan sentuhan moden yang sofistikated.
Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan (kiri) bersama wajah utama jenama Amber, Nora Danish.
Diilhamkan daripada kelembutan alunan pasir dan misteri miraj, setiap helaian dalam koleksi ini menyerlahkan keanggunan semula jadi serta femininiti yang halus.
Menurut Pemilik Amber dan Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan, koleksi ini bukan sekadar memperkenalkan rekaan baharu, tetapi membawa mesej bahawa setiap wanita berhak untuk tampil anggun dan yakin dengan cara tersendiri.
Amber Oasis 2.0: Mirage adalah lambang wanita moden yang berani, lembut dan penuh karakter. Kami mahu wanita berasa selesa dalam setiap helaian tanpa perlu berkompromi dengan nilai kesopanan.
“Fabrik yang digunakan juga dipilih dengan teliti supaya sesuai dipakai sepanjang hari tanpa rasa panas atau melekat di badan,” katanya.
Datuk Adzliana menambah, nama Mirage dipilih kerana menggambarkan ilusi dan bayangan indah seperti sesuatu yang tampak jauh namun mempesona, sama seperti pesona seorang wanita yang penuh rahsia dan daya tarikan tersendiri.
“Setiap potongan direka untuk meraikan keanggunan wanita daripada pelbagai latar usia dan personaliti. Ia adalah penghormatan kepada wanita yang kuat tetapi tetap lembut dalam gaya dan tutur,” jelasnya.
Tiga koleksi utama diperkenalkan di bawah Amber Oasis 2.0: Mirage BELLA, LAILA DAN MEDINA.
Sementara itu, Nora Danish yang menjadi wajah utama kempen ini berkata, dia bangga dapat mewakili jenama yang meraikan keindahan wanita berhijab tanpa meninggalkan elemen fesyen.
“Saya percaya berhijab bukan penghalang untuk tampil bergaya. Apa yang penting ialah keselesaan dan keaslian diri. Koleksi Mirage ini sangat dekat dengan jiwa saya kerana ia memadukan kesederhanaan dengan keanggunan moden,” katanya.
Pelancaran Amber Oasis 2.0: Mirage – A Secret by The Desert menandakan kesinambungan kejayaan Amber dalam memperkukuh kedudukannya sebagai jenama fesyen tempatan yang terus melangkah ke pentas antarabangsa melalui rekaan yang elegan, eksklusif dan bermakna buat setiap wanita. – HIBGLAM
The post Terus bergaya, Nora Danish terjemah pesona Amber koleksi Mirage appeared first on HibGlam.