Auto Added by WPeMatico

![]()
DUNGUN – Seorang pemuda yang disyaki membelasah neneknya dengan tukul besi di Kampung Kuala Abang, di sini petang semalam direman lima hari bagi membantu siasatan.
Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 25 tahun itu dibenarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, lelaki tersebut telah ditahan selepas dipercayai memukul neneknya yang berusia 79 tahun.
“Insiden menyebabkan warga emas tersebut cedera parah pada bahagian kepala pada pukul 6.55 petang semalam.
“Siasatan awal percaya suspek yang mempunyai masalah kesihatan mental tersebut dikatakan bertindak agresif selepas naik berang kerana dilarang neneknya ketika dia mahu keluar dari rumah pada lewat petang,” katanya.
Nik Ab. Halim berkata, polis turut menemukan tukul besi yang dipercayai digunakan lelaki itu dalam kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE
The post Cucu disyaki pukul nenek dengan tukul direman lima hari appeared first on Kosmo Digital.
