Auto Added by WPeMatico

![]()
LONDON – Walaupun akur tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara , pengurus sementara Tottenham Hotspur, Igor Tudor menyifatkan kemenangan ke atas Atletico Madrid sebagai isyarat jelas pasukannya sudah bersedia untuk berjuang habis-habisan bagi mengelak penyingkiran dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Dalam aksi timbal balik pusingan 16 terakhir di laman sendiri awal pagi tadi semalam, skuad kendalian Tudor itu berjaya melakar kemenangan bermaruah 3-2, namun ia belum cukup untuk menghalang kemaraan gergasi Sepanyol, Atletico Madrid yang layak dengan keputusan agregat 7-5.
Keputusan seri 1-1 menentang Liverpool sebelum ini dan kejayaan menumbangkan Atletico dilihat sebagai lonjakan moral yang amat diperlukan oleh sebuah pasukan yang kini hanya dipisahkan satu mata daripada zon penyingkiran.
“Aura di stadium sangat luar biasa apabila penyokong dan pasukan bersatu hati sejak awal permainan. Saya melihat banyak perkara positif daripada aspek komitmen serta kerajinan pemain di atas padang.
“Apa yang paling penting adalah keyakinan pemain telah kembali. Dalam dua perlawanan terakhir, kami telah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara,” kata Tudor.
Fokus kini beralih sepenuhnya kepada pertemuan ‘hidup mati’ menentang Nottingham Forest pada Ahad ini, pasukan yang kini berada di tangga ke-17 dan hanya ketinggalan satu mata di belakang Tottenham. – AGENSI
The post UCL: Spurs sekadar pertahan maruah appeared first on Kosmo Digital.
