Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Tindakan seorang anggota polis trafik berkongsi situasi mengalihkan sebuah tong besar yang terjatuh di tengah lebuh raya mencuri perhatian ramai selepas video tersebut tular di aplikasi TikTok.
Menerusi video dimuat naik pengguna @amaraisyh, kelihatan sebuah tong air bersaiz besar berada di tengah laluan, sekali gus mengundang risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.
Pengguna @amaraisyh yang juga merupakan anggota polis trafik tidak sekadar merakam situasi tersebut, malah turut berkongsi cara selamat untuk memberhentikan kenderaan di lebuh raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Menurutnya, kebiasaannya anggota hanya melintas untuk melakukan sekatan atau ‘tembak laju’ (perangkap kelajuan) namun kali ini dia menunjukkan teknik sebenar memperlahankan kenderaan yang sedang bergerak laju sebelum bertindak mengalihkan halangan di jalan.
“Selalu kita melintas untuk buat tembak laju, hari ini kita tunjuk cara nak berhentikan kenderaan yang tengah laju di lebih raya. Siapa punya pula tong air yang tercicir ni,” katanya.
Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai memuji tindakan pantas anggota berkenaan yang mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya, selain menyifatkan perkongsian itu sebagai ilmu berguna kepada orang ramai.
“Risau betul tengok, siap doa jangan ada motor ‘superbike’ laju lalu. Semoga semua dilindungi olehNya,” kata @HyattGhapa.
“Terima kasih pada anggota yang memudahkan penguna jalan raya lain. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan tuan,” komen Vivian77.
“Alhamdulillah bang. Terbaik, semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki,” kata Muhammad. – KOSMO! ONLINE
@amaraisyh selalu kita melintas untuk buat tembak laju..harini kita tunjuk cara2 nak nk berhentikan kenderaan yg tgh laju di higway..sape punya pulak tong air yang tercicir ni #fyp #trafiklebuhraya #SNIPERLEBUHRAYA #hatihatimemandu #empvzonselatan ♬ original sound – Papa Pipi Zola
The post [VIDEO] ‘Tong besar siapa ni jatuh?’ appeared first on Kosmo Digital.
