Auto Added by WPeMatico

MELAKA – “Saya sangka angin biasa-biasa sahaja, rupanya bumbung rumah bapa mentua terus hilang diterbangkan ribut”.
Itu kata salah seorang penduduk Kampung Pulai Pantai, Abdul Rahim Ahmad, 54, yang terjejas dalam kejadian ribut, di sini, awal pagi tadi.
Ujarnya, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1 pagi selepas dia keluar rumah untuk memeriksa sangkar kucing miliknya yang dikhuatiri diterbangkan ribut.
“Masa keluar rumah tiba-tiba adik ipar menjerit memberitahu bumbung rumah sudah diterbangkan ribut dan jiran-jiran turut datang beritahu perkara sama.
“Masa itu bapa mentua berusia 69 tahun tidur di ruang tamu kerana kurang sihat, manakala dua adik ipar perempuan masing-masing berusia 35 dan 29 tahun sedang tidur di bilik, nasib baik semua sedar dan sempat lari keluar,” katanya ketika ditemui Kosmo!, di sini hari ini.
Tambahnya, kediaman di sekitar kawasan itu memang kerap dilanda ribut, namun kejadian tersebut adalah kali pertama menyebabkan kediaman mereka hanya tinggal dinding dan lantai sahaja.- KOSMO! ONLINE
The post Rumah hanya tinggal dinding, lantai selepas dipukul ribut appeared first on Kosmo Digital.