Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang remaja yang disyaki terlibat dalam kejadian khianat dengan memecahkan cermin lima buah kenderaan di kawasan tempat letak kereta di Desa Mentari, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya berjaya membuat tangkapan ke atas ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan belasan hingga 20-an, hari ini.
“Kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dan dibenarkan reman selama tiga hari sehingga 6 Ogos ini. Siasatan lanjut sedang dijalakan bagi mengenal pasti motif kejadian” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly dilaporkan berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5 petang.
Katanya, siasatan awal mendapati kumpulan suspek yang menaiki tiga buah motosikal bertindak memecahkan cermin beberapa kenderaan sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.
Beliau berkata, sebanyak lima buah kenderaan dilaporkan mengalami kerosakan dan tiada kehilangan harta benda dilaporkan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE
The post Pecah cermin lima kenderaan, tiga lelaki termasuk remaja ditahan appeared first on Kosmo Digital.
