Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Malaysia Aviation Group (MAG) memaklumkan juruterbang yang ditahan pihak berkuasa Indonesia merupakan pegawai kedua yang bertindak sebagai pemerhati dan bukan juruterbang yang mengendalikan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta pada hujung bulan lalu.
MAG dalam kenyataan berkata, juruterbang tersebut juga tidak bertugas selama dua hari sebelum kejadian berkenaan.
“Pesawat berkenaan dikendalikan dengan selamat sepanjang masa oleh dua juruterbang yang berkelayakan.
“MAG memandang tindakan individu tersebut sebagai tidak boleh diterima sama sekali dan bertentangan dengan piawaian profesional yang diharapkan daripada kakitangan,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, MAG berkata, pihaknya sedang memperkukuhkan rangka kerja keselamatan termasuk melaksanakan saringan air kencing secara menyeluruh.
“Sebagai langkah segera, saringan air kencing mandatori dilaksanakan terhadap semua juruterbang Malaysia Airlines dan saringan yang lebih ketat akan dijalankan terhadap semua juruterbang yang aktif,” katanya.
Terdahulu, seorang juruterbang warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas disyaki cuba menyeludup kira-kira 25 kilogram (kg) dadah jenis ekstasi bersama sejumlah kecil syabu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada 27 Julai lalu. – KOSMO!ONLINE
The post Juruterbang ditahan bawa dadah tidak kendali penerbangan appeared first on Kosmo Digital.
