Auto Added by WPeMatico

GARA-GARA menggayakan gaun mendedahkan bahu baru-baru ini, anak pelawak Shuib, Thalita atau Dzahira Talita, 13, ditegur netizen yang menyifatkan penampilan itu tidak sesuai dengan usianya.
Persalinan merah jambu itu dipakai pada majlis ‘gender reveal’ kandungan ibu tirinya, Watie Hanifiah yang berlangsung di sebuah gelanggang acara di Gombak, kelmarin.
Majlis tersebut turut meriahkan dengan kehadiran ahli keluarga Watie dan Shuib, selain teman terdekat serta rakan selebriti termasuk Fasha Sandha dan Sharifah Shahirah.
Pada acara tersebut, anak kedua daripada empat beradik iutu turut menghiburkan tetamu dengan beberapa seleksi lagu sekali gus meraih pujian ramai.
Begitupun, ada peminat menitipkan nasihat di ruangan komen meminta bapa serta ibu tirinya lebih cakna dengan pemilihan persalinan buat remaja sepertinya kerana tampak kurang manis.
“Lebih cantik kalau Thalita sopan sikit, jaga aurat,” kata seorang netizen.
“Cantik mekap tapi tak pandai pilih pakaian ikut usia. Tak mengapa, pelan-pelan,” ujar pengguna laman sosial lain.
Begitupun, baik Shuib mahupun Watie dilihat belum membalas komen berkaitan perkara tersebut. – HIBGLAM