Auto Added by WPeMatico

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia meluahkan rasa kecewa apabila lamarannya ditolak oleh keluarga perempuan hanya kerana dia membawa tetamu yang ramai, lapor portal berita Detik semalam.
Acara meminang itu diadakan di rumah keluarga perempuan di Surabaya, wilayah Jawa Timur.
Lelaki bernama Wahyu Hidayat, 37, berkata, dia telah menyediakan pelbagai hantaran mewah termasuk cincin, barang kemas, kasut dan telefon bimbit untuk diberikan kepada calon isterinya.
“Saya sudah keluarkan banyak duit tetapi sebaik sahaja acara selesai, lamaran saya tiba-tiba ditolak kerana saya membawa ramai tetamu,” kata Wahyu.
Meskipun keluarga Wahyu ditetapkan untuk membawa seramai 25 tetamu, jumlah yang dibawa mencecah seramai 40 orang.
“Tetamu yang datang merupakan ahli keluarga dan rakan saya. Saya tidak menyangka ia akan menjadi masalah besar.
“Apa yang membuatkan saya sangat kecewa adalah apabila keluarga perempuan menyampaikan pembatalan itu menerusi media sosial dan bukan kepada keluarga saya,” tambah Wahyu. – AGENSI
The post Lamaran ditolak kerana bawa ramai tetamu appeared first on Kosmo Digital.