Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila cermin keretanya terpercik cecair ketika memandu di lebuh raya pada waktu malam.
Insiden itu dikongsikan menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) di TikTok milik @Fnabihaa yang menunjukkan ‘wiper’ (pengelap cermin) diaktifkan selepas disangka hujan, namun bertukar kabur sekali gus menyukarkan pandangan.
“Alhamdulillah semua selamat. Cuma pelik macam mana minyak dari lori tu boleh terpercik? Nasib baik saya masih boleh kawal diri dan mujur sempat sampai stesen minyak berdekatan,” katanya di ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan rasa cemas dengan kejadian tersebut dan memuji keberanian wanita terbabit.
“Ya Allah, kalau saya yang jenis cepat panik ini, tak tahu macam mana lah,” kata Miya.
“Tetapi hebat juga yang memandu ni, sebab tak nampak jalan langsung. Serius takut,” komen Wina.
“Pernah kena macam ni juga, rupanya minyak dari ekzos van depan. Mujur air wiper letak sabun jadi cermin bersih lah sikit. Abah yang ajar dalam ‘wiper’ kena letak sabun,” ujar Hanis Marzuki. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Ingat hujan, rupanya minyak lori’ appeared first on Kosmo Digital.