Auto Added by WPeMatico

![]()
KLUANG – Seorang lelaki pekerja kontraktor maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan dan terbabas dalam kejadian di kilometer 79 Jalan Kota Tinggi – Kluang berhampiran Taman Sri Impian, di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku pada pukul 5 petang ketika Mohamad Nor Azwan Abd Aziz, 34, yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari arah Kluang menuju ke arah Kota Tinggi.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebuan kereta Perodua Alza dipandu lelaki berusia 26 tahun yang membawa seorang penumpang wanita berusia 35 tahun serta seorang bayi perempuan berumur satu tahun dua bulan datang dari arah Kota Tinggi menuju ke bandar Kluang.
“Ketika sampai di lokasi kemalangan, kereta Perodua Alza dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu memasuki laluan bertentang sebelum bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa.
“Akibat kejadian itu, mangsa telah tercampak ke dalam belukar manakala kereta Perodua Alza melanggar sebatang pokok di tepi jalan,”katanya melalui kenyataan malam ini.
Menurut Bahrin lagi, perlanggaran itu telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ujarnya, pemandu kereta mengalami gegaran otak serta luka-luka di badan manakala penumpang wanita patah tangan kanan dan kaki kiri, kedua-duanya dirawat di Zon Kuning. Bayi perempuan tidak mengalami kecederaan.-KOSMO! ONLINE
The post Pekerja kontraktor maut, Ysuku dilanggar kereta terbabas appeared first on Kosmo Digital.