Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Pasangan pelakon popular Indonesia, Amanda Manopo dan suami, Kenny Austin mengundang perhatian orang ramai kerana memberikan pelbagai barang berharga termasuk jongkong emas sebagai cenderahati, lapor laman berita Liputan 6.
Barangan tersebut diberikan kepada tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan mereka.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @amandamanopo, pasangan pengantin itu sedang menunjukkan setiap buah tangan yang akan diberikan kepada tetamu.
Antaranya adalah produk penjagaan kulit, aksesori telefon, botol air tahan sejuk, minyak wangi, set mandian, kosmetik dan jongkong emas.
Tetamu yang bertuah akan turut menerima barangan elektronik seperti ‘microwave,’ blender buah, televisyen dan lain-lain.
Rakaman itu mencatatkan lebih 5.6 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“ ‘Doorgift’ paling mewah setakat ini,” kata seorang netizen.
“Kenapa saya tidak diundang,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Pasangan pelakon beri tetamu emas, televisyen sebagai ‘doorgift’ appeared first on Kosmo Digital.