Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Kota Batu, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian ramai kerana menayang jumlah sumbangan atau duit ‘salam kaut’ yang diterima daripada tetamu, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ipin.irfani menunjukkan beberapa lelaki sedang duduk sambil memasukkan maklumat tetamu ke dalam perisian Microsoft Excel.
Antara data yang dimasukkan seperti nama, alamat dan jumlah sumbangan kepada pasangan pengantin.
Lebih mengejutkan, data tersebut dipaparkan kepada orang ramai melalui skrin komputer yang diletakkan di hadapan meja.
Rakaman video itu mencatatkan lebih 1.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Jangan amalkan seperti ini. Kesian kepada mereka yang tidak mampu,” kata seorang netizen.
“Kalau tidak berniat untuk mengadakan majlis, buka warung sendiri,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Tuan rumah tayang duit ‘salam kaut’ depan tetamu appeared first on Kosmo Digital.