Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Tindakan beberapa pengasuh sebuah taska swasta di Shah Alam yang didakwa bertindak kasar dengan anak asuhan mereka mengundang kemarahan orang ramai selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.
Menerusi rakaman pertama dimuat naik pempengaruh terkenal, Ariz Ramli atau Caprice menerusi Instagram Munafik Hunter semalam, kelihatan seorang wanita dipercayai pengasuh taska bertindak kasar terhadap kanak-kanak di bawah jagaannya, termasuk membiarkan kanak-kanak autisme itu sendirian di dalam bilik stor dalam keadaan berbogel.
Selain itu, Caprice turut mendedahkan satu lagi rakaman memaparkan seorang pengasuh wanita memaksa seorang bayi meminum susu dengan cara dikepit menggunakan kaki selain mengelap wajah anak kecil tersebut dengan kasar menggunakan kain lampin.
Difahamkan, kejadian tersebut dirakam untuk pelajar praktikal di taska terbabit sebelum diaerahkan kepada Caprice bagi tujuan pendedahan kepada umum.
Pada masa sama, Caprice turut menyebut (tag) beberapa pihak berkuasa termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM) di ruangan kapsyen agar isu terbabit dapat diambil tindakan segera.
Dua video yang didedahkan Caprice menerima lebih 1.2 juta tontonan dalam tempoh 23 jam. – KOSMO! ONLINE
View this post on Instagram
The post [VIDEO] Pengasuh kurung anak autisme, kepit bayi menangis paksa susu appeared first on Kosmo Digital.