Auto Added by WPeMatico

![]()
JAKARTA – Empat orang terkorban dan beribu-ribu rumah ditenggelami banjir di Tapanuli Tengah, wilayah Sumatera Utara hari ini, lapor akhbar Kompas.
Selain banjir, bencana tanah runtuh melanda kabupaten atau rantau pentadbiran Tapanuli Tengah akibat cuaca ekstrem.
“Cuaca ekstrem di pantai barat Sumatera Utara, terutamanya di Kabupaten Tapanuli Tengah yang menghadap Lautan Hindi atau Lautan Indonesia menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di pelbagai lokasi di Tapanuli Tengah sejak beberapa hari lalu,” kata pemimpin tempatan, Masinton Pasaribu hari ini.
Masinton berkata, pentadbiran Kabupaten Tapanuli Tengah bersama Basarnas, TNI dan Polis Indonesia sedang memindahkan penduduk ke lokasi selamat.
Pasukan penyelamat turut menyediakan dapur-dapur awam dan perkhidmatan kesihatan di pelbagai lokasi pemindahan. – AGENSI
View this post on Instagram
The post [VIDEO] Banjir besar landa Tapanuli Tengah, ribuan kediaman tenggelam appeared first on Kosmo Digital.