Auto Added by WPeMatico

![]()
TANGKAK – Seorang kanak-kanak 12 tahun ditemui mati lemas ketika mandi-manda bersama beberapa rakannya di sebuah lombong di Kampung Penchu, Kundang Ulu Gersik, di sini, petang hari ini.
Mangsa, Siti Nur Khadijah Ahmad Faisal murid tahun enam, Sekolah Kebangsaan (SK) Penchu ditemui meninggal dunia kira-kira pukul 3.20 petang.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama tiga kanak-kanak lain iaitu adik lelaki berusia 10 tahun serta dua rakan lain masing-masing berusia 9 dan 13 tahun bermandi di kawasan itu dengan kedalaman tiga meter.
“Operasi mencari dan menyelamat digerakkan membabitkan polis, bomba serta bantuan penduduk setempat. Mayat mangsa ditemui sebelum dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat bagi mencari punca kematian,”katanya.
Roslan berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Pegawai Bomba Kanan I Johar Tumin berkata, seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera.
Katanya, mangsa ditemui pasukan penyelamat kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.-KOSMO! ONLINE
The post Budak 12 tahun mati lemas mandi lombong appeared first on Kosmo Digital.