Auto Added by WPeMatico

![]()
KOTA KINABALU – Pelakon, Datin Seri Zizie Ezette A Samad kelihatan hiba sambil menangis teresak-esak setibanya di kediaman Idang Residen, Luyang pagi tadi.
Tiba sekitar pukul 9.30 pagi ditemani anak-anak bagi menatap jenazah suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin buat kali terakhir.
Zizie Ezette bersama empat anak difahamkan baru tiba dari Kuala Lumpur.
Sejurus tiba, Zizie Ezette terus bergegas memasuki ruang tamu tempat jenazah ditempatkan.
Beliau turut dilihat memeluk madunya, Datin Seri Nor Asidah Alimuddin sebaik melangkah masuk dalam suasana penuh hiba.- KOSMO! ONLINE
The post Zizie Ezette tiba dengan tangisan appeared first on Kosmo Digital.