Auto Added by WPeMatico

![]()
KLUANG – Proses pemadaman kebakaran tanah gambut melibatkan kebun kelapa sawit dan kebun nanas di Simpang Renggam sejak Sabtu lalu dijangka dapat dipercepatkan dengan penambahan bekalan lojistik dan keanggotaan bermula hari ini.
Ketua Zon Tiga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor, Penguasa Kanan Bomba, Siti Hajar Sanusi berkata, ia membabitkan tiga lori tangki masing-masing sebuah dari Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) dan dua buah dari Majlis Perbandaran Kluang (MPK).
Katanya, peralatan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut dijangka membolehkan lebih banyak kawasan dapat dipadamkan dalam masa serentak.
“Pemadaman memasuki hari ketiga dan dijangkakan lebih 35 peratus daripada 22 ekar tanah yang terbakar iaitu 10 ekar melibatkan kebun kelapa sawit dan 12 ekar kebun nanas.
“Diharapkan dengan adanya penambahan lojistik dan anggota ini membolehkan kerja-kerja memadamkan dapat ditamatkan segera disamping tidak merebak ke kawasan lain,”katanya ketika ditemui Kosmo hari ini.
Menurut Siti Hajar lagi, hasil pemantauan pihaknya api tidak merebak ke petak bersebelahan walaupun terdapat risiko angin kuat yang boleh menerbangkan bara api menyebabkan kebakaran baharu berlaku.
Sementara itu, Koh Soo Koon,62, yang juga pemilik kedua-dua kebun terbakar itu mendakwa terpaksa menanggung kerugian hampir RM70,000 akibat daripada kerosakan pokok kelapa sawit serta tanah dikawasan kebakaran.
Ujar, tiada sebarang kerja-kerja pembakaran dilakukan dikawasan terbakar itu dan tidak dapat mengenal pasti punca namun tidak menolak berkemungkinan daripada puntung rokok atau perkara-perkara lain. – KOSMO! ONLINE
The post Tambahan logistik, anggota dijangka percepat proses pemadaman appeared first on Kosmo Digital.