Auto Added by WPeMatico

![]()
KAJANG – Mayat seorang perempuan ditemui dalam keadaan ngeri dalam sebuah bagasi dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Impian Indah, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian penemuan mayat tanpa pengenalan diri kira-kira pukul 8.37 malam.
“Susulan laporan polis tersebut, sepasukan polis bersama Pasukan Forensik PDRM hadir ke tempat kejadian.
“Hasil pemeriksaan mendapati satu mayat perempuan dijumpai di dalam bagasi di ruang tamu sebuah rumah dan telah disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Nur Ayuni Aziz di talian 016-2080717 atau talian NG MERS 999 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE
The post Mayat wanita ditemui dalam bagasi appeared first on Kosmo Digital.
