Auto Added by WPeMatico

WASHINGTON – Sebuah bandar di negeri Montana masih ditutup, beberapa jam selepas empat orang dibunuh oleh seorang penembak yang masih bebas.
Sebuah tempat perlindungan dibuka di bandar Anaconda selepas suspek dikenal pasti sebagai Michael Paul Brown, 45, melepaskan tembakan di dalam Bar Owl di bandar berkenaan semalam.
Brown yang tinggal di sebelah bar itu melepaskan tembakan pukul 10.30 pagi (waktu tempatan), menembak mati pelayan bar dan tiga pelanggan.
Seorang saksi berada di bar berhampiran berkata, dia melihat penyerang berkeliaran sambil membawa selaras raifal.
Brown dianggap bersenjata dan berbahaya.
Menurut pihak berkuasa, suspek kali terakhir dilihat memakai baju-T, seluar jeans biru dan bandana oren.
Polis berkata, mereka telah menahan seorang pemandu Ford F-150 selepas mengejar kenderaan itu tetapi Brown tiada di dalamnya.
Pasukan tindakan bersenjata, SWAT turut menyerbu hartanah Brown tetapi gagal menemui suspek.
Pihak berkuasa menggesa orang awam supaya kekal di rumah masing-masing dan berwaspada. – AGENSI
The post Polis ‘lockdown’ bandar, buru suspek tembak mati 4 orang appeared first on Kosmo Digital.