Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Beregu campuran profesional negara. Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing mengekalkan rentak cemerlang pada Kejohanan Badminton Terbuka Perancis apabila mara ke pentas separuh akhir.
Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Arena Grand Paris sebentar tadi, pasangan No.31 dunia itu dipaksa bekerja keras sebelum menang 21-17, 20-22, 21-18 ke atas Marvin Seidel-Nguyen Thuc Phuong dari Jerman.
Pang Ron-Pei Jing sememangnya sedar mereka tidak berdepan laluan mudah hari ini memandangkan lawan mereka itu berjaya menyingkirkan pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di pusingan kedua semalam.
Lebih manis, keputusan itu menyaksikan mereka melayakkan diri ke separuh akhir buat kali kedua berturut-turut selepas turut melakukannya pada kejohanan Terbuka Denmark minggu lalu.
“Sudah tentu saya sangat gembira kerana dapat melangkah ke separuh akhir dua kali berturut-turut dan saya tidak pernah melakukannya sepanjang karier. Terima kasih kepada gandingan saya (Pei Jing).
“Dia memang memberikan saya lebih keyakinan untuk bermain dengan corak permainan sendiri, jadi semuanya berjalan lancar walaupun saya ada melakukan beberapa kesilapan dari segi pukulan,” kata Pang Ron sejurus tamat perlawanan.
Menjelang aksi separuh akhir esok, Pang Ron-Pei Jing akan membuat perhitungan dengan beregu China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui yang menewaskan Mathias Christiansen-Alexandra Boje dari Denmark 21-21, 21-9, 21-9. – KOSMO! ONLINE
The post Terbuka Perancis: Pang Ron-Pei Jing selangkah ke final appeared first on Kosmo Online.
