Auto Added by WPeMatico

JAKARTA – Seorang lelaki ditemukan dalam keadaan aneh di tengah sebatang sungai di wilayah Jawa Barat, lapor laman berita Detik semalam.
Penemuan dilakukan oleh warga setempat di Kampung Leuwisadeng dekat bandar Bogor, Isnin lalu.
Rakaman dimuat naik di media sosial menunjukkan lelaki berambut panjang itu sedang mencangkung selama beberapa minit sebelum berbaring di tengah sungai.
Selain ‘membisu’, dia hanya menggelengkan kepalanya ketika ditanya oleh penduduk tempatan.
Ketua Perhubungan Awam Polis Bogor, Inspektor Yulista berkata, lelaki itu telah dibawa keluar dari sungai.
“Masih belum jelas tujuan lelaki itu berada di tengah sungai. Dia diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” kata Yulista. – AGENSI
The post Lelaki misteri ‘bertapa’ di tengah sungai appeared first on Kosmo Digital.