Auto Added by WPeMatico

![]()
TAK tahu nak ketawa atau menangis membaca perihal seorang wanita yang menawarkan diri untuk menjadi madu kepada pelakon jelita, Anzalna Nasir.
Berani betul dia kerana sanggup mencelah ketika ibu kepada dua anak itu sedang bersiaran langsung dalam laman sosialnya.
Kononnya kalau dapat menjadi isteri kedua Hanif Zaki, dapatlah dia berkongsi resipi yang enak-enak dengan Anzalna.
Eh, begitu pula. Tak konkrit langsung alasan yang diberi sebab segala menu sedap boleh sahaja dicari dihujung jari.
Apa lagi, memang setepek Anzalna hadiahkan kepada individu terbabit bahkan si cantik itu sempat bertanya, kenapalah kemaruk sangat mahukan suaminya.
Apa pun Diva tak rasa suami Anzalna akan cari padang baharu atau berpaling kepada wanita lain sebab hampir sedekad berkahwin pun, tak pula Diva dengar Hanif buat perangai.
DIVA: Semoga pelakon Sahronizam Noor kembali pulih seperti sediakala.
The post Berani sangat nak jadi madu, sudahnya kena ‘sound’ appeared first on Kosmo Digital.