Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Seorang pengusaha stesen minyak di Lebuh Raya Skudai sedang mengesan pasangan lelaki dan wanita yang menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Lexus berdaftar Singapura selepas dipercayai melarikan diri tanpa membayar petrol RON97 bernilai RM139.01.
Menurut laporan sebuah portal tempatan, kejadian itu berlaku di sebuah stesen minyak Caltex di kawasan hentian lebuh raya berkenaan apabila pemandu lelaki terbabit meminta isian penuh petrol RON97, menyebabkan kakitangan tidak mengambil bayaran terlebih dahulu.
Ketika petrol sedang dipam, seorang wanita yang dipercayai penumpang SUV berkenaan turun ke kedai serbaneka untuk membeli barangan.
Bagaimanapun, sebaik sahaja wanita itu kembali ke dalam kenderaan, pemandu terbabit terus memandu keluar dari stesen minyak tanpa membuat sebarang bayaran.
Kakitangan stesen hanya menyedari kejadian itu selepas beberapa ketika sebelum cuba mengejar kenderaan berkenaan.
Malah, beberapa pengguna jalan raya lain turut membunyikan hon bagi memberi amaran, namun SUV tersebut tidak berhenti.
Pengusaha stesen minyak itu merayu agar pasangan berkenaan tampil menyelesaikan bayaran kerana kerugian tersebut berisiko ditanggung oleh kakitangan yang bertugas. – KOSMO! ONLINE.
The post Pasangan naik SUV Lexus Singapura lari tanpa bayar petrol RM139 appeared first on Kosmo Digital.