Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – S P Setia Bhd (Setia) telah memperoleh dua anugerah berprestij iaitu anugerah Emas untuk Sapphire by The Gardens di Melbourne, Australia dalam kategori Residential High Rise dan anugerah Perak untuk Amantara, Setia Eco Templer dalam kategori Residential Low Rise.
Anugerah tersebut telah diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Setia, Datuk Choong Kai Wai di FIABCI World Prix D’Excellence Awards 2025, pada majlis anugerah yang diadakan di Hotel Lagos Oriental, Nigeria baru-baru ini.
Mengulas mengenai anugerah tersebut, Kai Wai berkata, pihaknya berbesar hati menerima pengiktirafan tersebut untuk kedua-dua pembangunan utama syarikat iaitu Sapphire by The Gardens di Melbourne dan Amantara, Setia Eco Templer.
Menurut beliau, anugerah ini adalah penanda aras dalam piawaian industri global dan kemenangan ini adalah bukti kerja keras mereka selama ini.
“Sehingga kini, Setia memegang rekod dunia untuk jumlah kemenangan anugerah emas tertinggi di seluruh dunia, dengan sejumlah 19 Anugerah Prix d’Excellence Emas FIABCI Dunia setakat ini.
“Tahun ini menandakan kitaran ke-33 Anugerah Prix d’Excellence Dunia FIABCI, yang juga merupakan penanda aras global terkemuka untuk pencapaian hartanah.
“FIABCI, Persekutuan Hartanah Antarabangsa adalah organisasi rangkaian perniagaan global untuk semua profesional hartanah di seluruh dunia, menyediakan akses dan peluang untuk pertukaran pengetahuan, perkongsian maklumat serta pembangunan perniagaan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini. -KOSMO! ONLINE
The post SP Setia raih kemenangan berganda di FIABCI World Prix D’Excellence Awards appeared first on Kosmo Digital.