Auto Added by WPeMatico

![]()
LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot teruja dengan impak yang dipamerkan oleh penyerang utama, Hugo Ekitike selepas meledak dua gol untuk bantu pasukan menang 4-1 ke atas Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi semalam.
Pada perlawanan itu, Ekitike mempamerkan penyudah dalam kelas tersendiri apabila meledak dua gol dalam tempoh dua minit sebelum Florian Wirtz dan Ibrahima Konate melengkapkan pesta kemenangan skuad The Reds.
Menurut Slot, Ekitike wajar dilabel sebagai ayam tambatan baharu buat pasukannya selepas meledak keseluruhan 15 gol termasuk 10 jaringan dalam kempen EPL.
“Semua orang akan perhatikan jumlah gol yang dilakukan, tetapi sumbangannya lebih daripada itu. Sebagai jurulatih, saya lihat dia sudah menunjukkan peningkatan yang mendadak sejak enam bulan lalu.
“Ekitike memberikan aura positif buat pasukan dan dia cukup pantas dalam menyudahkan peluang terhidang terutama ketika situasi satu lawan satu,” katanya.
Sementara itu, Slot turut memberi amaran kepada barisan pemainnya untuk teruskan momentum dalam usaha mencapai sasaran untuk memburu kedudukan empat teratas EPL musim ini.
“Saya rasa kita sudah dalam fasa tidak boleh melakukan kesilapan langsung. Setiap perlawanan sangat kritikal kerana sasaran kita sekurangnya di kelompok empat teratas liga,” katanya. – AGENSI
The post EPL: Badi Liverpool temui penghujung appeared first on Kosmo Digital.